Rabu, 03 Desember 2014

Indahnya Kematian...







Mati mesti mati.
Kita semua akan mengalami kematian. Tiada yang menghairankan dengan pernyataan itu. Namun begitu, kita masih takut akankematian. Apabila mendengar perkataan 'mati', hati berdebar kencang. Peluh mula menitik di wajah. Mati selamanya menggerunkan.
Mengapa jadi begitu? Bukankah kita sedar disebalik kematian itu, ada kebaikan?
Indahnya kematian mengajak kita sama-sama berani mati. Ini kerana di balik kematian itu ada pelbagai keindahan. Di balik kematian itu ada ketenangan.
Indahnya kematian tidak hanya menjadi pedoman menyambut ajal dengan senyuman. 

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"

Al Imran :185

0 komentar:

Posting Komentar