Bismillah..
Pasti
kebanyakan kita sudah mengatahui hal ini, bahawa Rasulullah S.A.W
mempunyai akhlak yang sangat mulia.. Namun, sejauh manakah kita
mengatahui apakah akhlak mulia Rasulullah dalam hadith-hadith sahih? Dan
apakah yang perlu dilakukan dan apakah yang perlu dihindari untuk
mempunyai akhlak yang mulia?
Mari kita lihat dan hayati serba sedikit hadith-hadith mengenai akhlak Rasulullah:
Firman Allah:
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) betul-betul di atas akhlak yang agung.”
(QS. Al-Qalam: 4)
(QS. Al-Qalam: 4)
Hadith:
“Nabi s.a.w adalah sosok yang paling mulia akhlaknya.”
(HR. Al-Bukhari no. 6203 dan Muslim no. 2150)
(HR. Al-Bukhari no. 6203 dan Muslim no. 2150)
Abdullah
bin Amr berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya orang-orang
terbaik di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya.”
(HR. Al-Bukhari no. 6035 dan Muslim no. 2321)
(HR. Al-Bukhari no. 6035 dan Muslim no. 2321)
“Tidak
ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin kelak pada
hari kiamat daripada akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah amatlah murka
terhadap seorang yang keji lagi mengucapkan ucapan yang buruk.”
(HR. At-Tirmizi no. 2002, Abu Daud no. 4799, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5726)
(HR. At-Tirmizi no. 2002, Abu Daud no. 4799, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5726)
Dari Aisyah r. a dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin betul-betul akan mendapatkan kedudukan ahli puasa dan shalat dengan akhlak baiknya.”
(HR. Abu Daud no. 4798 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1932)
(HR. Abu Daud no. 4798 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1932)
Bagaimanakah hendak meraih syurga dan redha Allah dengan akhlak yang mulia?
Menjaga Mulut dan Kemaluan
Salah satunya adalah dengan menjaga kemaluan dan juga mulut. Iaitu
menjaga segala hal yang berkaitan dengan kemaluan iaitu nafsu syahwat,
cinta remaja sebelum nikah dan sebagainya serta menjaga mulut daripada
mengumpat, menfitnah, menghina, mengutuk dan lain-lain..
“Rasulullah
s.a.w pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan
manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada Allah
dan akhlak yang mulia.” Dan beliau juga ditanya tentang sesuatu yang
paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, maka baginda menjawab,
“Mulut dan kemaluan.” (HR. At-Tirmizi no. 2004)
Menghindari sifat munafik:
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : 89, Bab Tabiat Orang Munafik)

Jujur dan melakukan kebajikan
“Senantiasalah
kalian jujur, kerana sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada
kebajikan, dan kebajikan membawa kepada syurga. Seseorang yang
senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur, akhirnya ditulis di
sisi Allah sebagai seorang yang selalu jujur. Dan jauhilah kedustaan
karena kedustaan itu membawa kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan membawa
ke neraka. Seseorang yang senantiasa berdusta dan selalu berdusta,
hingga akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (HR
al-Bukhari dan Muslim)
Lemah lembut
Hadis riwayat Aisyah ra:
Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut yang menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya.
(Shahih Muslim No.4697)

Berkahwin
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

(Nombor
hadith dalam Sahih Muslim : 2485, Bab Galakan Supaya Berkahwin Kepada
Orang Yang Terlalu Ingin Berkahwin Dan Telah Mempunyai Perbelanjaan
Iaitu Saraan Hidup. Sementara Orang Yang Tidak Mempunyai Perbelanjaan
Iaitu Saraan Hidup Hendaklah Selalu Berpuasa)
Sumber; ummu salamah
0 komentar:
Posting Komentar